ADA DIA
ADA satu mainan - tak reti pula saya nak kata kategori apa, yang pasti zaman saya kecil dulu, rata-rata budak perempuan suka main ala ramalan masa depan ni. Zaman millenium ni pun pernah gak ternampak anak-anak jiran yang perempuan enjoy mainan yang sama juga.Tepuk tangan dengan kuat (konon lagi merah tapak tangan tu lagi best lah resultnya) lepas tu cepat-cepat buat genggaman - kepalkan jari sementara tu ibu jari tangan yang satu lagi kena pula ditekankan ke pergelangan tangan yang digenggamkan tadi tu - tengok berapa `ketul' yang timbul. Kalau 2 ketul (saiz sebesar kacang hijau aja pun!_timbul, 2 lah anak masa depannya. Kalau 4 yang timbul, alamat 4 orang lah pula anaknya! Kekeh-kekeh la ketawa, nak-nak bila kawan sepermainan giat - heee! Anak awak 3 orang laaa, anak kita 2 aja! - tidaklah pula diketahui akan siapa yang asal usulnya introduce kan mainan yang feminin ni. Dan lucunya, lepas tu melalut-lalut lah pula future mothers ni menetapkan bilangan gender future childrennya advanced lagi - meneka-neka rupa paras, pekerjaan hatta nak buat rumah kat mana!
(Dah sekolah baru la tahu, ketul yang timbul dipergelangan tangan tu rupanya darah yang terkumpul sebab tersekat!)
Saya tergolong sama, tapi yang nampak balik-balik = tak 2, 3 ketul - maka membesar dengan hati yang berbunqa-bunga percaya bahawa anak saya kelak hanyalah, tak 2 , 3 orang aja...confirmed gitu. Maklumlah masa tu, saya kakak sulung pada 8 beradik. Masya Allah, camana 3 boleh jadi 13? (ada org kata agaknya lupa nak cek pergelangan kaki, tengkuk gak ah!)
Begitulah, kita insan seringkali berangan, merancang hatta bertindak dalam keadaan lalai bahawa di atas segala dan segala dan segala-segalanya, above all sudah ada master plan ALLAH sediakan untuk kita. Kerana apa? Kerana kita lambat dapat tahu bahawa:
1) Hidup adalah pinjaman dan tugasan bukan mutlak milik kita.
2) Hidup adalah satu perjanjian dan amanah. Ada permulaan yang akan diakhirkanNya.
3) Kita bukan si empunya kehidupan tetapi makhluk yang dihidupkan
4) Tujuan hidup bukan kena sekadar belajar pandai, makan kenyang dan berkhasiat, kerja bagus dan gaji lumayan, hari tua yang sihat untuk buat ibadah then mati dengan aman - mewariskan harta peninggalan yang cukup untuk anak-anak TETAPI
idengan sepenuh penghormatan, penuh kebesaran juga dengan sepenuh keistimewaan sebagai makhluk yang darjatnya Allah muliakan- lebih tinggi dar para Malaikat:
SEBAGAI HAMBA YANG BERIBADAH (penuh harap, rendah diri dan mendambakan redha, rahmat, ampunanNya) juga SEBAGAI KHALIFAH @ WAKIL YANG MENUNAIKAN, MENEGAKKAN, MENSYIARKAN SYARIAT & HAK ALLAH - Pencipta yang mengutuskan kita.
Sedihnya bila mengenang lama masa yang berjalan sebelum dapat tahu dan faham betapa segala penghormatan, kebesaran dan keistimewaan telah lama DIA kurniakan kepada saya sejak saya di dalam rahim ibu lagi - tetapi saya abaikan sebaliknya menjalani hidup biasa-biasa saja.
Saya mengomel pada diri saya sebenarnya. Kealpaan inilah yang membelengu saya - membuatkan saya selalu terima takdir Tuhan ke atas saya dengan kata-kata -"Sabar ja lah, dah ketentuan Tuhan..." atau "..dah takdir, nak buat macamana..." Tak perasan, itu sebenarnya suara protes dalam baik. Cam best kata budak sekarang. Berhati-hati lah, kita tak tahu mainan syaitan.
Maka bila DIA (sebenarnya) memberikan saya kepercayaan , penghormatan lagi untuk melahirkan seorang lagi hamba dan khalifahNya - anak ke 3 dan ke 4 okey lagi, masuk anak ke 5 hati mula ada riak resah. Dikurniakan yang ke 6, berbunga gundah, ke 7 gelisah. Untungnya suami saya sukakan anak-anak. Melihat kesabaran dan kegirangannya menerima putra demi putra (anak ke 3 saya saja yang baby girl - bahagia tak terkata 1st time dapat baby girl comel, tembam selepas ada 2 hero - ummi love you my sweet kakak!) saya rasa insan bertuah pula.
Tambah lagi bila menatap wajah-wajah comel, membelek jari-jari halus dan mengeletek tapak kaki yang merah kemetot, yang pernah saya kandung 9 bulan dalam rahim saya - kini telah berada di haribaan saya - syahdunya hati ibu. Tak sabar menghitung hari mereka mengesot, merangkak, bertatih dan berlari, tiap bulan adalah birthday (sampai hari ini umi masih ternampak-nampak wawa bertatih, siddiq merangkak, kakak belajar menyebut `walid', aiman bermain, cho'ot menangis, izzat bertatih, juga muhammad terkekeh ketawa...love you so much, each of you - May ALLAH bless u child...) Tapi bila kembali ke alam realiti, dengan jiran, dengan masyarakat rasa resah, gundah dan gelisah bertandang lagi. Tanyalah mana-mana ibu yang ALLAH kurniakan anak ramai - BUKAN melahir dan membesarkan anak ramai itu satu beban TETAPI sebenarnya pandangan, komen-komen `bernas' dan soalan `bijaksana', antaranya :
"Hiiii kau tak rimas ke?" atau "Larat ke engkau? Heii kalau aku ampunlah!" atau "Macamanalah rumah engkau ye!" atau "Macamana lah kau nak idup!" atau yang lebih terlampau lagi : "Slow downlah sikit!" juga "Kau ni macam emak kucinglah!" - INILAH yang menghancurkan hati dan untuk yang tak kuat iman, tergugat jugalah tauhid!
Janganlah cakap sembarangan.... kerana tak sembarangan orang juga yang Allah berikan penghormatan melahir, mengasuh anak ramai. Kerana ALLAH Maha Tahu, tidak sedikit peluh, darah kadang-kadang airmata yang mengalir dalam membesar, mendidik anak ramai - wang ringgit bukan soalnya lagi. Lebih dari itu, sebesar mana pulakah kasih, sayang, cinta yang sanggup dan mampu diberikan kepada anak yang ramai - tiada kalimah korban atau payah. Doakanlah saja agar Allah terus memberikan mereka kekuatan, ketabahan dan pimpinan di samping dimurahkan rezeki.
Sambung balik - justeru bila disahkan oleh doktor saya hamil anak ke 8, dalam bahagia hati gelabah. Hati dah siap planned - kalau baby girl, tutup account. Nak rehat dan pulun karier melukis 200% (ini le contoh insan yang buat perancangan macam hidup ni dia punya - jangan diikut!). Alhamdulillah, memang baby girl - Nur `Umairah, Si Permaisuri yang cantik lahir sehari selepas walidnya berlepas ke bumi Anbiya' Jordan selama sebulan kerana membuat pengambaran siri dokumentari 'Salam Timur Tengah' untuk RTM 1 (terima kasih Kak Aliyah Galeri Ilmu kerana berkat doa akak malam 28hb. Okt 2000 di KLIA - "Esok bersalin lah awak, selamat mudahan". Mmg selamat dan mudah; Tahniah kerana menerima Anugerah AMIN).
Takat ni nampaknya plan saya direstui Allah. Mulalah otak pun sambung susun plan berikutnya - kaedah kontraseptif apa nak ambil ni ya?
Jumpa doktor peribadi - Dr. Siti Sarah Klinik Bersalin Al Ilaj, Seri Gombak (terima kasih atas layanan penuh syariat, berakhlak dan kasih mesra - moga diberkati Allah), katanya:
"Anak comel, u sihat kenapa nak berhenti? (tanpa penyakit bahaya, ibu tidak digalakkan ikat.) Nak rehat berapa lama? 5 tahun? Nanti nak berbaby semula, umur dah meningkat. Risiko lain pula timbul." - uih, tidak memberansangkan dengarnya. Berarak pulalah saya ke LPPKN (dekat Sogo, KL), dengan bantuan seorang sahabat yang memahami sambil menggendung si puteri yang baru berusia 90 hari. Menggunakan kaedah suntikan seperti yang dicadangkan pakar di sana, hati bertambah berbunga - Nur `Umairah akan kekal jadi puteri bongsu saya.
Leganya perasaan itu. Nikmat mendapat Puteri Bongsu saya zahirkan dengan menyediakan serba serbi pakaian & pekakasannya serba beropol, beriben serba merah jambu. Puas hati, lapang dada menikmati hari dia mula meniarap, mengesot kemudiannya belajar duduk.
Tapi gitulah lumrahnya manusia ni - bila hidup dalam nikmat, hati dibuai rasa seronok - selalu alpa. Hati pun dah syahdu, mood pula merah jambu - jadi leka then lupa....
- Al Hadid : 22
... Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
- Al Thalaq : 3
... Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia...
- Az-Zukhruf : 32
Sekitar Julai 2001, Si Puteri Bongsu Nur Umairah baru berusia 9 lebih, saya terkesima bila Dr Andi Anggeriani - sambil menggenggam lembut tangan saya mengucapkan:" TAHNIAH, Jannah, you disahkan hamil 17 minggu!"
1 ulasan:
assalamualaikum..
saya baru lepas menonton saudari jannah di al kuliyyah (tv3)
saya mengagumi hasil lukisan saudari jannah.. tahniah kerana berjaya mengadaptasikan kisah2 dari al-quran dalam nukilan berbentuk lukisan.
saya tertanya2 apakah amalan saudari jannah; berjaya mendidik 13 orang anak sambil berkarya, masih tampak muda dan berseri..
saya harap saudari jannah akan sentiasa update blog ni dari semasa ke semasa..
assalamualaikum..
Catat Ulasan